RINGKASAN FATWA KONTEMPORER (JILID 1) DR.YUSUF QARDHAWI
0LEH: SITI NORHALIMAH BT SALEH
DIBIMBING OLEH: USTAZ ZAINUDDIN BIN YUSRO
1) NABI MUHAMMAD SAW MAKHLUK PERTAMA YANG DICIPTAKAN ALLAH?
PERTANYAAN
Benarkah Nabi Muhammad SAW adalah makhluk pertama yang diciptakan Allah? Dan benarkah dia diciptakan dari cahaya?
JAWAPAN
-
-Nabi SAW adalah hamba Allah seperti manusia biasa. Beliau melarang umatnya untuk mengikuti tatacara kaum pengikut agama terdahulu dalam mengutuskan seseorang. Beliau bersabda: “ Janganlah kamu menjunjung aku sebagaimana kaum Nasrani menyanjung Isa putra Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah dan utusan-Nya.
- Dari itu, Nabi SAW yang mulia ini adalah biasa sebagaimana manusia yang lain. Beliau tidak diciptakan dari cahaya dan tidak pula dari emas. Beliau, seperti manusia umumnya, diciptakan dari air yang memancar (sperma dan ovam) yang keluar dianatara tulang sulbi dan tulang dada.
Note: Ringakasan dari Syeikh Yusuf Al-Qardawi didalam bukunya Mua’asharah vol.1.
Diringkaskan: oleh Siti Norhalimah bte Saleh.
2) MA’MUM SOLAT SENDIRIAN DI BELAKANG SHAF
PERTANYAAN
Apakah sah solat seorang ma’mum sendirian di belakang shaf?
JAWAPAN
- Imam Ahmad dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Ali bin Syaiban bahawa Rasulullah SAW melihat seorang lelaki solat sendirian di belakang shaf, lalu beliau berhenti hingga lelaki itu menyelesaikan solatnya. Beliau kemudian bersabda: “ Perbahruilah solatmu, kerana tidak ada solat bagi orang yang sendirian di belakang shaf.”
-Tetapi solat sendirian menjadi sah apabila ada keuzuran, seperti seseorang datang dalam shafnya sudah penuh dan tidak ada tempat yang kosong lagi dalam shafnya. Dalam hal ini ulama’ menyukai agar orang tersebut menarik seseorang dihadapannya untuk membuat shaf bersamanya, dan orang yang ditarik itu disukai supaya membantunya untuk membut shaf baru. Tetapi sebahagian ulama’ lain tidak menyukai hal itu, bahkan mereka mengatakan bahawa menarik seseorang dari shaf merupakan kezhaliman. Wallahu A’alam.
Note: Ringakasan dari Syeikh Yusuf Al-Qardawi didalam bukunya Mua’asharah vol.1.
Diringkaskan: oleh Siti Norhalimah bte Saleh.
3) HUKUM PUASA BULAN SYA’BAN
PERTANYAAN
Adakah hari-hari tertentu dalam bulan sya’ban yang disukai orang berpuasa padanya?
JAWAPAN
- Pada bulan sya’ban Nabi SAW lebih banyak berpuasa sunah. Diriwayatkan oleh Aisyah RA bahawa Nabi SAW tidak pernah melakukan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadhan. Ini berbeza pula dengan apa yang dilakukan oleh sebahagian orang di negara-negara Arab tertentu, yang biasa berpuasa selama tiga bulan , yaitu Rajab, Sya’ban, dan Ramadhan.
-Manakala puasa enam hari dalam bulan Syawal yang mereka namakan dengan Al-bidh, bermula dari bulan Rajab hingga tujuh Syawal. Perkara seperti ini tidak pernah dirieayatkan dari Nabi SAW, sahabat, mahupun Tabi’in.
- Rasulullah SAW biasa berpuasa setiap bulan. Aisyah RA berkata: Rasulullah Saw pernah berpuasa hingga kami mengira beliau itu tidak pernah berbuka, dan pernah juga beliau tidak berpuasa (sunah) hingga kami mengira beliau tidak pernah berpuasa. Dan kadang-kadang beliau melakukan puasa pada hari isnin dan khamis, kadang-kadang berpuasa selama tiga hari setiap bulan, Khususnya pada hari-hari putih (tanggal 13,14, dan 15) setiap bulan Qamariyah, dan kadang-kadang beliau berpuasa selang hari, yaitu sehari berpuasa dan sehari berbuka seperti yang dilakukan Nabi Daud A.S. Sabda beliau: “ puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud, yaitu beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari.”
- Di dalam syara’ tidak boleh mengkhususkan hari-hari tertentu untuk berpuasa atau malam tertentu untuk melaksanakan solat malam dengan tidak ada sandaran syar’inya.
Note: Ringakasan dari Syeikh Yusuf Al-Qardawi didalam bukunya Mua’asharah vol.1.
Diringkaskan: oleh Siti Norhalimah bte Saleh.
4) PUASA RAJAB
PERTANYAAN
Tidak ada hadith shahih dari Nabi SAW yang meriwayatkan (keutamaan) bulan Rajab. Namun, bagaimana dengan hukum puasa Rajab? Apakah termasuk sunnah atau bid’ah?
JAWAPAN
- Bulan Rajab tern\masuk bulan-bulan Haram, dan puasa pada bulan-bulan Haram adalah maqbul (diterima) dan mustahab (disukai) dalam apa pun keadaan. Tetapi tidak terdapat hadith dari Nabi SAW bahawa beliau berpuasa sebulan penuh selain bulan Ramdhan. Dan puasa sunnah yang paling banyak beliau lakukan ialah pada bulan Sya’ban, tetapi itupun tidak sebulan penuh.
- Perbuatan kita dianggap baik jika mengikuti orang salaf, dan dianggap buruk jika mengikuti bid’ah buatan orang khalaf. Kerana itu, barangsiapa yang menginginkan ittiba’ (anutan) dan pahala yang sempurna, maka hendaklah ia mengikuti perbuatan Nabi SAW yakni: jagan berpuasa pada bulan Rajab dan Sya’ban secara penuh. Inilah yang lebih utama.
Note: Ringakasan dari Syeikh Yusuf Al-Qardawi didalam bukunya Mua’asharah vol.1.
Diringkaskan: oleh Siti Norhalimah bte Saleh.
5) MENGECAT KUKU DENGAN MANUKIR
PERTANYAAN
Mengenai kebiasaan sebahagian kaum wanita yang mengecat kukunya dengan benda berwarna yang dinamakan dengan “manukir” atau kuteks, apakah halal atau haram?
JAWAPAN
- Sesungguhnya pemakain “manukir” dapat menghalangi air wudhu’ daripada sampai ke kulit. Dari itu wudhu’nya tidak sah dan solatnya menjadi sia-sia.
- Barangsiapa yang tidak menghiraukan solat fardhu yang merupakan tiang agama dan perbezaan antara muslim dan kafir, tidak ada lagi persoalan baginya jikalau dia membuka auratnya atau menggunakan penghias yang tidak halal baginya, kerana selepas kekafiran tidak ada lagi dosa yang perlu disoalkan.
Note: Ringakasan dari Syeikh Yusuf Al-Qardawi didalam bukunya Mua’asharah vol.1.
Diringkaskan: oleh Siti Norhalimah bte Saleh

Tidak ada komentar:
Posting Komentar